Cara Pembelian

Tutorial ini menunjukkan cara-cara untuk membuat pembelian melalui kedai online ini. Jangan risau jika anda tiada pengalaman membeli secara online sebelum ini. Membuat pembelian secara online tidaklah sesukar mana sebenarnya.

Langkah pertama adalah, lihat bahagian menu, pilih link "Shop" seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di sebelah (klik pada gambar tersebut untuk besarkan)

Anda akan dapat melihat senarai produk-produk dalam kedai online ini. Langkah seterusnya adalah pilih porduk yang anda ingin beli. Untuk memilih, klik sahaja pada gambar produk tersebut. Dalam contoh ini, saya klik pada produk yang pertama iaitu "Clarks England..."

Seterusnya, anda akan dipaparkan dengan details produk tersebut. Anda boleh membaca penerangan bagi produk tersebut termasuk saiz dan warna yang boleh dipilih. Untuk membeli produk ini, sila klik pada butang "Beli".

Sejurus sahaja anda menekan butang "Beli", kekotak "Shopping Cart" yang terletak di sebelah kanan akan dikemaskini. Ia akan memaparkan berapa produk yang anda telah pilih, jenis produk, kuantiti produk, harga produk dan jumlah harga.

Jika anda ingin menambah produk lain, anda boleh melakukannya dengan mengulangi langkah pertama. Jika anda ingin berhenti membeli dan ingin meneruskan proses pembayaran, klik pada butang "Pembayaran"

Kini anda telah faham tentang cara-cara membuat pembelian, klik disini untuk membaca cara-cara membuat Cara Pembayaran pula.