Soalan Lazim

Soalan 1:

Bolehkah saya membuat pertukaran sekiranya barangan yang dibeli tidak sesuai dengan ukuran badan?

Jawapan:

Ya boleh! Kami akan membantu anda membuat pertukaran secepat mungkin. Ianya perlu dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan barangan. Pemberitahuan boleh dibuat samada melalui email atau talipon dan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah :

  • Barangan yang dipulangkan mestilah tidak terdapat kesan koyak, kesan jahit, kesan kotor ataupun kesan telah dibasuh
  • Pakaian yang dipulangkan mestilah dalam bungkusan asal, tag yang terdapat padanya tidak dibuang atau ditanggalkan dan mestilah dalam keadaan boleh dijual semula.
  • Kos pemulangan barangan adalah ditanggung oleh pembeli. Kos penghantaran tidak dipulangkan. (Sabah & Sarawak)

Soalan 2:

Bolehkah pembeli membatalkan pembelian setelah menerima barangan dan meminta wang dikembalikan?

Jawapan :

Tidak. Wang tidak akan dikembalikan tetapi pembeli berhak membuat pertukaran barangan yang lain.

Soalan 3:

Adakah baju renang ini memenuhi peraturan pakaian di mana-mana kolam renang?

Jawapan :

Ya! Baju renang ini memenuhi piawaian baju renang yang ditetapkan di mana-mana kolam renang. Malah material yang digunakan adalah material yang sama digunakan pada baju renang yang terdapat di pasaran. Ia diperbuat dari kain spandex dan lycra

Soalan 4:

Bolehkah saya membeli cap renang secara berasingan?

Jawapan :

Tidak. Buat masa ini kami hanya menjualnya dalam bentuk 1 pasang.

Shipping & Return :

Penghantaran bagi Semenanjung Malaysia adalah percuma. Bagi Sabah & Sarawak kos penghantaran adalah RM5. Ianya akan dibuat dalam masa 1-2 hari selepas bayaran diterima. Penghantaran hanya dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum). Jika bayaran diterima pada hari Jumaat, maka penghantaran akan dilakukan pada hari Isnin atau Selasa berikutnya. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan setelah penghantaran dibuat samada melalui email atau talipon. Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia biasanya mengambil masa 2-3 hari, manakala ke Sabah & Sarawak kemungkinan lebih.

Kami tidak menerima pemulangan barangan kecuali terdapat kerosakan atau ingin membuat pertukaran (rujuk soalan lazim no. 1) Sila ambil perhatian bahawa kami mempunyai prosedur yang ketat dengan memastikan barangan dalam keadaan cukup sempurna (tiada kecacatan) sebelum penghantaran dibuat.

NOTA :

Kami berusaha untuk memaparkan gambar produk dengan tepat. Namun begitu pembeli perlu maklum bahawa mungkin terdapat sedikit perbezaan pada warna akibat kesan cahaya dan paparan skin monitor yang berbeza.