Tentang Kami
Kami adalah owner kepada kelas renang ezi2swim.com. Pada awal penubuhan kelas renang ezi2swim, kami hanya mengajar pelajar kanak-kanak sahaja. Masa berlalu. Kemudian setelah 5 tahun, terdapat permintaan dari kaum ibu / muslimah yang berminat untuk mengikuti kelas renang kami. Tetapi masalah timbul. “Saya nak belajar jugak berenang !, tapi takde baju sesuai yang menutup aurat’” itulah kata-kata yang sering kami dengar. Bertolak dari itulah kami mengambil inisiatif membuka perniagaan menyediakan baju renang yang sesuai bagi ibu-ibu / muslimah agar mereka tidak ketinggalan dan boleh belajar bersama dengan anak-anak mereka.
Memandangkan permintaan yang baik dari perniagaan offline yang dijalankan, kami telah mengorak selangkah lagi dengan melahirkan kedai maya kami yang bernama mykedaionline.com. Ini bagi memenuhi permintaan dari pembeli-pembeli yang berada di luar kawasan. Kini masalah tiada pakaian yang sesuai telah selesai dan semua muslimah boleh mula berenang dengan selesa dengan adanya baju renang muslimah ini.
Selamat membeli belah.


